in

Gambar Norman Hakim Botak

Inilah dia imej terbaru aktor yang telah menceraikan isteri Abby dan kontroversi paling sensasi 2008, botak, mungkin Memey begitu menyukai imej sebegini?

Norman berkata keputusannya untuk membotakkan kepala, bagaimanapun tidak didorong oleh sebab-sebab khusus atau membayar nazar tertentu.

Norman berkata dia membotakkan kepala selepas 2 hari bercerai dengan Abby sebagai satu motivasi terhadap diri sendiri.

“Bila tengok cermin, saya bercakap dengan diri saya sendiri. Saya berkata, saya mahukan sesuatu yang baru dan segar. Inilah reborn (kelahiran semula) Norman Hakim,” kata Norman bersama air wajah yang cukup tenang.

Dia yang turut hadir pada majlis pelancaran Astro Megadrama di GSC Signature, The Gardens, di sini, berkata, imej botak itu lebih bersifat personal dan tiada kaitan langsung dengan mana-mana pihak. Memandangkan Tahun Baru 2009 juga semakin hampir, dia mahu hidup dengan azam baru.

Kata Norman, selepas bercerai dengan Abby, mereka masih menjalinkan hubungan yang baik demi menjamin kebahagiaan 3 anak mereka – Mohd Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim yang masuk 3 bulan.

“Kami saling berutus SMS yang lebih bertanyakan khabar terutama tentang anak-anak. Buat masa ini tidak ada giliran menjaga anak-anak kerana bagi saya ia sudah rutin kami sebagai ayah dan ibu mereka. Kasih sayang saya kepada anak-anak tidak pernah berubah. Saya masih menghubungi Abby melalui SMS dan berbaik dengan bekas mertua. Semuanya berjalan seperti biasa,” katanya lagi.

Malah kata Norman, selepas bercerai, dia tetap membawa anak-anaknya bersiar-siar di Genting Highlands.

“Kehidupan saya macam biasa cuma pada waktu tertentu, saya rasa hiba dan sepi. Selalunya apabila bersolat dan berdoa, hati saya selalu menjadi sebak,” katanya.

Norman akui ke rumah Memey tapi tidak bernikah

Mengulas berkenaan gambar yang tersebar yang dirakamkan di kediaman Memey di Kota Tinggi, baru-baru ini, Norman tidak menafikan. Katanya memang gambar itu diambil ketika dia melawat rumah Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor bersama keluarganya.

“Gambar itu gambar lama – gambar ketika isu kami masih kecoh-kecoh dulu. Ketika itu saya hanya pergi melawat keluarga Memey untuk bertanya khabar berita. Apabila kita ziarah dan orang beri layanan yang baik kepada kita maka juga kita buatlah baik dengan orang. Terus terang, saya tidak pernah menikah dengan Memey,” kata Norman bersungguh-sungguh. 

Norman juga tidak menafikan bahawa dia masih menghubungi Memey dari semasa ke semasa, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung hal berkenaan kerana menyifatkan ia cukup peribadi.

“Memey masih lagi berada di kampungnya dan saya masih bekerja macam biasa di Kuala Lumpur. Hidup ini mesti diteruskan walaupun saya sedar masyarakat terus menghina dan menghukum saya. Semua ini ada hikmahnya dan saya menerimanya dengan redha. Saya amat memahami tugas wartawan yang bertugas dan akan terus menulis apa yang mereka rasanya perlu sebab saya sendiri berjuang dalam dunia seni. Cuma saya khuatir adalah penerimaan keluarga. Tidak kiralah keluarga saya, keluarga Abby atau keluarga Memey,” ujarnya. – murai.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

50 Tiket Percuma Untuk Peminat Syada Idola Kecil

Lirik Shanty Lussy – Afgan