Pada 12 Julai 2010 lalu, Budiey sempat singgah di Prebiu Media The Mod Musical SHOUT untuk melihat sendiri persiapan terakhir menjelang persembahan sulung Broadway Academy Malaysia di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) dari 17 Julai hingga 21 Julai ini.
Pastinya teater muzikal ini diperkatakan sejauh mana ianya dapat menghiburkan orang ramai dengan muzikal luar biasanya. Atau penampilan bintang-bintang ternama seperti Ning Baizura dan Nikki Palikat menggamit peminat untuk ke sana. Selain 2 bintang ini, Tria Aziz, Shanel Shanty James, Joanna Bessey; Stephanie Van Driesen, Chelsia Ng dan Tisha Zarina turut bergabung memberikan nafas baru untuk muzikal arahan Casey Koh ini.
Ya semuanya wanita ya dalam musical ni. Takde sorang pun lelaki. Women power!
Sebanyak 24 muzikal asli hasil ciptaan pemenang anugerah, Phillip George dan David Lowenstein akan dipersembahkan.
Shout! akan seolah-olah membawa para penonton membelek halaman-halaman senaskhah majalah muzikal. Mereka akan dibawa menghayati muzik, fesyen dan kebebasan pada 60-an di England.
Petula Clark, Dusty Springfield dan Lulu adalah antara artis antarabangsa yang pernah popular menerusi persembahan muzikal ini.
Macamana nak dapatkan tiket? Okay, anda boleh layari www.broadwayacademy.asia.
InsyaAllah, Budiey akan menonton sekali lagi persembahan penuh mereka di KLPac pada persembahan pembukaan mereka pada 15 Julai 2010 ini. See you there!
Ini dia penampilan Ning Baizura yang memegang watak Orange dalam muzical ini. Kalau ada yang menonton MHI pagi tadi, mungkin ada yang mendengar sedikit nyanyian dan celoteh Ning, Stephanie dan Casey.