Semalam telah pun berlangsung Party E! Brand Refresh Asia di Vertigo Club, The Gardens, Mid Valley City yang bermula jam 8 malam. Dihadiri oleh ramai artis dan selebriti terkenal, party ini diadakan sempena dengan penjenamaan semula saluran terkenal di Astro iaitu saluran E! Entertainment yang kini memperkenalkan tagline terbaru mereka E! Pop of Culture.
Penyanyi yang tengah sarat mengandung 5 bulan, hadir bersama suami tercinta ini turut tampil elegan dengan busana ketat warna hitam dari Farah Khan bersama kasut rekaan sendiri oleh Ning serta seutas beg tangan dari Stuart Weitzman.
Bercakap tentang fesyen Flow ni, Ning tampil dengna koleksi Ning’s Fling dikatakan mampu memenuhi citarasa setiap wanita dengan rekaannya yang mempunyai unsur-unsur kewanitaan, bergaya dan moden tetapi dijual pada harga berpatutan.
Flow boleh didapati di empat cawangan utamanya di pusat beli-belah Pavilion, Suria KLCC, One Utama, Johore Premier Outlet (JPO) dan tidak ketinggalan di Metrojaya Mid Valley Mega Mall.