Demi menimba pengalaman penyanyi Ning Baizura sanggup terbang ke Amerika Syarikat dan United Kingdom. Pengalaman ini adalah untuk menjayakan konsert solonya yang bakal diadakan di KL Life Centre, pada 2 dan 3 Disember depan.
Kalau boleh, Ning Baizura mahu mempersembahkan sebuah persembahan yang setaraf dengan penyanyi antarabangsa. Jadi, tak rugilah hadiah melancong ke luar negara yang diberikan oleh suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton yang merupakan tiket untuk Ning Baizura menonton secara live persembahan penyanyi tersohor Celine Dion pada 21 Julai lalu di Las Vegas. Memang class habislah show Celine Dion. Siapa yang tak nak tengok kan?
Ning Baizura kini sedang berada di Amerika Syarikat selama lebih sebulan. Malah dia juga bakal menyambut Ramadan dan Syawal di sana bersama keluarga suaminya. Yelah, alang-alang berada di sana, Ning Baizura akan menyambut Ramadan dan Syawal di sana. Ning juga mengambil kesempatan untuk melawat anak-anak tirinya serta akan menyambut raya di sana bersama mereka. Raya tahun ini pertama kalinya Ning akan menyambutnya di luar negara dan menurut Ning, ianya amat bererti kerana Ning turut membawa ibu tersayang bersama.
Selain dapat shopping, jalan-jalan di tempat orang, Ning juga mengambil peluang yang ada untuk bertemu pelajar-pelajar di sana untuk sama-sama berkongsi idea dan pengalaman. Selain itu Ning Baizura juga mahu mengajak mereka untuk turut serta bersama saya menyertai konsert amal yang akan saya adakan pada tahun hadapan di sana bagi membantu kanak-kanak kurang upaya.
Antara lokasi yang menjadi tarikan di sana ialah Grand Canyon & Madame Tussauds.
Photo Kredit: www.ning-baizura.com