Menerusi laman Twitter, pengguna @arxxxxmand memuat naik tangkapan skrin sebuah posting dari laman Facebook memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah.
Tangkapan skrin yang menulis ‘Selamat datang ke Langkawi Neelofa’ itu sekali gus mengundang netizen bagi membuat andaian dan spekulasi terhadap selebriti berusia 32 tahun itu.
Menerusi pemerhatian di laman Facebook pula, seorang pengguna bernama PakYuss MoSalah berkongsi dua keping gambar dipercayai bersama Neelofa dan suaminya Haris Ismail dengan meletakkan ‘tag’ lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
“Tugas-tugas khas, bawak pengantin baru Neelofa pusing-pusing Langkawi,” tulis PakYuss MoSalah.
Berikutan itu, warganet di Twitter mula memberikan pelbagai reaksi mengenai dakwaan tersebut terutama soal rentas negeri.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan gambar-gambar tersebut. Malah, tiada sebarang muat naik dikongsi di media sosial bekas pengacara MeleTOP itu mengenai dakwaan berkenaan.