Seramai 40 anak-anak yatim remaja dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong telah dijemput khas untuk berbuka puasa bersama artis di Majlis Perasmian & Berbuka Puasa Dikir Aidilfitri yang diadakan sempena musim Aidilfitri di Sungei Wang Plaza yang berlangsung dari 17 Julai – 11 Ogos 2013. Najwa Latif dan Sleeq yang merupakan artis undangan khas mempersembahkan lagu terkini mereka dan juga beberapa lagu Raya serta berbuka puasa dengan anak-anak yatim remaja dari Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong.
[pullquote]Seramai 40 anak – anak yatim dari Rumah Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong dijemput ke Majlis Perasmian & Berbuka Puasa Dikir Aidilfitri. [/pullquote]
[dropcap]R[/dropcap]umah Amal Limpahan Kasih Puchong atau lebih dikenali sebagai RALK merupakan Pusat Kebajikan untuk anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak-anak ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat. Objektif utama pusat ini adalah untuk membantu membawa sinar baru dalam kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik dengan mengusahakan sedaya mungkin segala keperluan yang diperlukan mereka dari segala segi samada keperluan lahiriah mahupun rohaniah. Pusat ini kini memberi perlindungan kepada 420 orang yang terdiri daripada anak yatim remaja perempuan dan lelaki, ibu tunggal dan golongan fakir miskin.
Majlis bermula dengan tarian persembahan oleh Kumpulan Swatari yang mempersembahkan tarian Melayu tradisional dan kontemporari serta dikir barat diikuti oleh pemberian duit raya dan cenderamata kepada anak-anak dari Rumah Amal Limpahan Kasih oleh pihak pengurusan Sungei Wang Plaza, VIP dan artis. Sleeq kemudiannya mempersembahkan lagu pertama mereka ‘Salam Semua” diikuti oleh lagu kedua “Untuk Dia” di mana Najwa Latif turut nyanyi bersama. Lagu terakhir yang dipersembahkan adalah “Lebaran” lagu Raya yang dinyanyikan dalam versi “Hip Hop” dan “R&B”. Najwa Latif kemudiannya memulakan persembahan dengan lagu pertama berjudul “Hari Raya” di mana Najwa bermain guitar. Najwa turut menyanyikan dua lagi lagu dari albumnya yang berjudul “Adamu” dan “I love You” yang dituju khas kepada anak-anak Rumah Amal Limpahan Kasih pada bulan Ramadhan ini.
[pullquote align=”right”]Meriah dengan artis-Artis undangan yang dibintangi Najwa Latif dan Sleeq membuat persembahan khas untuk tetamu jemputan[/pullquote]
En Uda Usamah, Pengerusi Rumah Amal Limpahan Kasih berkata, “ Kami amat gembira dan terharu atas jemputan Sungei Wang Plaza untuk berbuka puasa bersama artis kerana anak-anak jarang keluar dan dapat melihat persembahan istimewa seperti ini. Peluang bertemu artis dan juga duit raya telah membuatkan anak-anak berasa gembira dan istimewa khusunya pada bulan Ramadhan ini”. Semasa persembahan artis, anak-anak dilihat menyanyi dengan gembira.
Menurut KK Lim, Pengurus Kanan, Pemasaran dan Komunikasi Sungei Wang Plaza, konsep Dikir Aidilfitri adalah untuk meraikan Musim Perayaan dengan cara yang menyeronokkan dan merdu dengan persembahan bertenaga Dikir Barat, Pertunjukan Fesyen Busana Muslimah dan Pertandingan Dikir Barat.
Beliau menambah:
“Untuk majlis pelancaran Raya ini, kami amat teruja untuk mendapat Najwa dan Sleeq sebagai artis jemputan kami kerana mereka begitu terkenal dan saya amat yakin anak-anak muda jemputan khas kami akan rasa gembira dan seronok kerana dapat melihat artis menyanyi secara “LIVE” di samping dapat berhibur dengan mereka untuk berbuka puasa.”
Bersempena dengan sambutan Aidilfitri Dikir dari 17 Julai – 11 Ogos 2013, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang yang termasuk Persembahan Dikir Aidilfitri oleh Kumpulan Pak Ngah iaitu Swatari Troupe pada 8.30pm pada 19, 20,21,26,27,28 Julai 2013 & 2,3,4,10 & 11 Ogos 2013, Peragaan Fesyen Busana Muslimah oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada 2.30pm pada 20, 21 & 28 Julai 2013, Pertandingan Dikir Barat pada 2pm pada 27 Julai 2013 dan Bazar Aidilfitri pada 18 Julai – 7 Ogos 2013.