Turut hadir di sidang media Anugerah Bintang Popular 2009 yang lalu ialah penyanyi baru yang menggelarkan dirinya, NAIZLE. Pelantun suara untuk lagu PENDETA ini adalah milik ETA Management Sdn Bhd. Begitu gemar dengan genre rock yang mana bagi Budiey sendiri, Naizle memang sesuai membawa lagu berentak pop rock kerana suaranya yang serak-serak basah.
Nama asalnya, Aliff Naizal Azizul, masih muda berusia 23 tahun cuba untuk mengorak langkah terus ke hadapan dengan melahirkan sebuah single kedua berjudul Tentangmu.
Budiey nak ambil peluang kat sini untuk ucapkan Selamat Hari Jadi buat Naizle… semoga terus sukses dan lebih maju dalam bidang seni suara.
Walaupun masih baru dalam showbiz, Naizle tidak lekang dari digosip di mana apa yang Budiey dengar Naizle pernah dikatakan berkawan rapat dengan Wan Sharmila dan juga menjadi peminat setia Stacy sehingga ada yang kata Naizle sedang bercinta dengan kedua selebriti itu. Namun, apa yang sebenarnya berlaku, cuma hubungan mereka tidak lebih dari kawan dan juga peminat setia. Tidak lebih dari itu. Menurut tuan empunya badan, ramai yang buat andaian sendiri dan tidak mahu bertanya pada dirinya tentang kedudukan yang sebenar.
Semalam, Budiey sempat untuk menghadiri Majlis Pelancaran Single Pertama Naizle di Restoran Intai-Intai. Begitu meriah sekali dengan warna tema putih juga dengan kehadiran beberapa orang selebriti ternama. Nak tahu siapa dia, kena tunggu, Budiey akan ceritakan di entri yang seterusnya.
Sebelum tu, nak letak gambar Naizle di sidang media pertama ABP yang lalu.