in

Gambar Nabila Huda & Anak Kemalangan Jalan Raya

Terkejut juga Budiey apabila mendapat berita melalui kemaskini dari Facebook milik pelakon Zoey Rahman yang memuat naik gambar kenderaan pelakon drama terkenal, khabarnya, Nabila Huda mengalami kemalangan pada petang tadi apabila kereta yang dinaikinya terbalik dan terbabas ke jalan bertentangan.

Diberitakan juga anak Nabila Huda, Keisha telah terpelanting dan tercampak keluar sewaktu kemalangan dan kenderaan yang dinaiki Nabila terbalik. Budiey duk bayangkan keadaan sebenarnya yang berlaku. Agak mengerikan juga. Syukur alhamdulilah, tiada kehilangan jiwa berlaku dan Nabila Huda selamat, cuma Keisha diberitakan telah mengalami patah tangan.

Kemalangan dikatakan berlaku di Lebuhraya Karak semasa Nabila Huda dalam perjalanan pulang dari menghadiri Karnival Planet Gempak anjuran Astro di sana. Nabila Huda dan anaknya Keisha terus dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Dikhabarkan juga, menurut Instagram, Nabila Huda dijadualkan akan ke MTV World Stage 2013 di Surf Beach, Sunway Lagoon pada malam ini. Nabila menerima dua keping tiket MTV World Stage dari Joe Flizzow yang membuka pentas persembahan pada malam tadi.

Sementara itu, heboh di laman sosial ramai peminat yang tak suka dengan statement bekas suami Nabila Huda yang melenting dan tak suka Nabila Huda membawa anak ke tempat kerja.

Marilah sama-sama kita doakan segalanya selamat.

nabila huda dan anak kemalangan jalan raya
Gambar Nabila Huda & Anak Kemalangan Jalan Raya
Gambar Nabila Huda & Anak Kemalangan Jalan Raya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aaron Aziz Berkolaborasi Bersama Hong Kong Tourism Board

Persembahan Meletop di MTV World Stage Live In Malaysia 2013