Dominasi Pemuzik Muda Industri Muzik Tempatan
30 buah lagu bakal berentap!
Muzik Muzik 27 Separuh Akhir pertama menyaksikan 6 buah lagu iaitu Idola (Azlan & The Typewriter), Pelangi Senja (Stacy), Watak (Hafiz), Cerita Dia (Drama Band), Kasanova (Stacy) dan Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar) berada dalam kedudukan 6 teratas daripada 11 buah lagu yang bertanding Ahad lalu. Namun, itu tidak menjamin tempat mereka di pentas Anugerah Juara Lagu 27 nanti.
Kini, malam yang dinanti telah tiba. Membuka tirai saringan peringkat separuh akhir, saksikan kehebatan 7 artis solo dan 3 artis berkumpulan yang akan cuba menampilkan persembahan terbaik mereka demi melaksanakan amanat besar komposer dan pencipta lagu terhebat.
Jika dilihat senarai 30 buah lagu, rata-rata yang tercalon adalah pemuzik muda yang ingin menempah nama di industri. Mungkin landasan yang diberi ini sebagai batu loncatan mahupun dilihat sebagai ’pencetus’ kepada muzik yang dibawa mengikur genre dan aliran yang disampaikan.
Ainan Tasneem, Diandra Arjunaidi, Amir Jauhari pastinya pemberi nafas baru kepada muzik tempatan. Inilah yang kita mahukan, bukan saja menyanyi, malah turut menulis dan mengarang muzik.
Turut diakui oleh Penerbit Separuh Akhir Muzik Muzik 27 (Bahagian Pertama), Hamsiah Biri, “Memperlihatkan barisan artis muda yang dipertanggungjawabkan membawa amanat besar pencipta lagu atau komposer yang sememangnya sudah sinonim dengan Anugerah Juara Lagu seperti Ajai, Audi Mok, Edry Abdul Halim dan Aizat. Walaupun tidak dinafikan populariti artis-artis muda ini serba sedikit membawa kesan kepada sesebuah lagu, namun kualiti sesebuah lagu masih dititikberatkan oleh panel Muzik Muzik.”
Popular dengan paparan carta lagu tempatan dan persembahan artis yang menarik, program yang telah memasuki tahun ke-27 ini juga bertujuan untuk memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi pengiktirafan kepada komposer, penulis lirik dan penggubah lagu. Seperti sebelumnya, MUZIK MUZIK 27 masih mengekalkan sistem pencalonan baru iaitu berdasarkan carta lagu popular stesen radio tempatan untuk menzahirkan keseimbangan, dimana setiap lagu dipilih berdasarkan citarasa pendengar dari pelbagai faktor yang berbeza seperti demografi, genre dan peringkat umur.
Lebih menarik, pusingan separuh akhir Muzik Muzik 27 akan turut diserikan dengan persembahan artis jemputan setiap minggu seperti Salam ditemani dengan Altimet yang akan membawakan medley lagu “Tanya Sama Itu Hud Hud/Bangkit”, kumpulan Meet Uncle Hussain menampilkan Fauziah Gambus untuk minggu kedua dan nantikan gand ingan segar Fida Ibrahim dan Datuk AC Mizal yang pastinya menghiburkan semua yang hadir di studio dan penonton di rumah mendendangkan lagu popular zaman 80’an yang kini diberi nafas baru, “Apo Ko No Eh Jang”.
Sebanyak 30 buah lagu akan dipertandingkan dalam tiga pusingan yang berlangsung pada 11 November 2012 (11 lagu), 18 November 2012 (11 lagu) dan 25 November 2012 (8 lagu). Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam – 10.30 malam untuk bahagian 1 & 2, manakala separuh akhir bahagian 3 pula akan menemui penonton bermula jam 10.00 malam.
Diterajui oleh Khalijah Mohamed (Kelly) selaku penerbit eksekutif, setiap konsert separuh akhir turut menampilkan Hamsiah Biri sebagai penerbit untuk separuh akhir bahagian pertama (11 November), Mohd Zamzuri Mohd Zaini (18 November) dan Azman Abdul Gafar untuk separuh akhir bahagian ketiga yang akan berlangsung pada 25 November nanti.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat artis-artis kegemaran mereka mempertandingkan lagu-lagu popular di peringkat separuh akhir bahagian kedua dan ketiga, tiket-tiket percuma boleh diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 15 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 2), dan 22 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 3) mulai jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.
Muzik-Muzik Separuh Akhir 27 turut memperkenalkan XPAX, jenama prabayar terkemuka oleh Celcom Axiata Berhad sebagai penaja utama, manakala Hot.FM pula dipilih sebagai stesen radio rasmi.
“Xpax, jenama utama prabayar Celcom, amat berbangga dan berbesar hati dapat mencetuskan rancangan Muzik Muzik pada peringkat separuh akhir buat julung kalinya. Rancangan ini selari dengan matlamat Xpax dalam mencetuskan nadi jiwa muda sekaligus memberi peluang kepada kami untuk membawa lagu-lagu gubahan komposer dan penulis lirik tempatan secara langsung menerusi siri ‘Time To Muxic’ Xpax yang menjanjikan pengalaman muzik unik khusus untuk para penonton dan pelanggan-pelanggan Xpax kami,” kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad.
Berikut adalah senarai 30 lagu-lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir :-
• 11 November 2012 (Ahad)
No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
1. Cerita Dia Drama Band Ammar Habir Aepul
2. Aku Suka Dia Ainan Tasneem Ainan Tasneem Ainan Tasneem
3. Watak Hafiz Aidit Alfian AD Samad
4. Aku Datang Tomok Tomok Rafidah Abdullah
5. Idola Azlan & The Typewriter Audi Mok Azlan
6. Pelangi Senja Stacy Taja Tun Teja
7. Jerrypah Aizat Anas & Aizat Aizat
8. Majnun Hazama Audi Mok Audi Mok / Omar K
9. Pencinta Terbaik Sofazr Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim
10. Kasanova Stacy Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim
11. Biar Sampai Ke Bintang Asmidar Ajai Ahmad Farid Abdul Jalal
• 18 November 2012 (Ahad)
No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
1. Anak Kampung One Nation Emcees & Jimmy Palikat Jimmy Palikat Jimmy Pakikat & One Nation Emcees
2. Terukir Di Bintang Yuna Yuna Zarai Yuna Zarai
3. Angkasa Diandra Arjunaidi Diandra Arjunaidi Diandra Arjunaidi
4. Tanpamu Amir Jahari Amir Jahari Amir Jahari
5. Sesaat Kau Datang Ramlah Ram & Sleeq ID Mifzal Zie Syafruddin
6. Ombak Rindu Hafiz & Adira Zaidi Zaidi
7 Terlalu Mencintaimu Suki Ajai Jeremy Chong
8. Beginilah Caranya Shaheizy Sam & Yana Ajai Ajai
9. Tapi Bagaimana Spider Tam Spider M.Nasir
10. Sebelah Jiwaku Jaclyn Victor Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim
11. Lagu Bedroom Sanctuary Bo Amir Iqram Bo Amir Iqram
• 25 Oktober 2012 (Ahad)
No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
1. Teman Pengganti Black & Malique Malique Malique
2. Harapan Hyper Act Hyper Act Frozen
3. Panik Bunkface Sam Bunkface Sam Bunkface
4. Simetri Hazama & Amy Search Audi Mok Zel Firdhaus Haduan
5. Mesti Ada Cinta Akim & Fiq Kuncidemak Kuncidemak
6. Andaiku Bercinta Lagi Mojo Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim
7. Patah Seribu Shiela Amzah Shiela Amzah Shiela Amzah
8. Ku Akui Hafiz Ajai Ajai