Pada jam 1.30 petang tadi, Budiey telah menghadiri Pelancaran Album TAKE OVER – Mizz Nina yang diadakan di Zouk KL, Kuala Lumpur.
Budiey pernah menonton beberapa video lagu dari Mizz Nina sebelum ini… dan satu perkataan yang terpancul dari mulut Budiey ialah INTERNATIONAL.
Ya, sifat fizikal album ini pun sangat antarabangsa yang penuh dengan irama yang segar dan muzik pop. Pastinya, album ini adalah kesinambungan daripada kejayaan debut solo album What You Waiting For yang hangat diperkatakan pada tahun 2011.
Dalam album Take Over ini, Mizz Nina berkolaborasi dengan ramai artis dan pemuzik antarabangsa. Antaranya, dengan #1 Billboard act Flo Rida, dan menyaksikan Mizz Nina bergabung semula dengan artis yang berkarier di Los Angeles dan juga penerbit Colby O’Donis yang juga telah banyak membantu Mizz Nina merakam lagu What You Waiting For sehingga mencatat sejarah menjadi lagu yang paling popular dan paling ramai dimuatturun sebagai nada dering pada tahun 2011.
Dalam album ini, Colby O’Donis menerbit dua buah lagu iaitu Hit Me Up dan juga Cup of Love di mana Budiey rasa lagu ini akan boom di radio tak lama je lagi.
Album ini berkonsepkan tentang kuasa wanita, jiwa yang bebas, yakin dan percintaan.
Budiey suka dengan pakej album ini yang dibuat sebegitu lengkap.
Pada jam 5 petang ini di lokasi yang sama, Mizz Nina juga mengadakan showcase sempena dengan pelancaran album Take Over. Peminat yang datang, boleh mendapat album CD Take Over dengan harga berpatutan dan Budiey lihat banyak juga merchandise serta pakaian di bawah Nina Dreams dijual di Zouk KL.
Packaging Album Mizz Nina yg sgt gempak. Beli jgn tak beli!
Dalam ni, ada 2 keping CD.
Dihoskan oleh Burn AF. Lama gak tak nampak Burn kat luar ni. Asyik tengok kat TV je, jadi hos program sukan.