Jam 8.30 malam, Konsert Kemuncak Suria FM bermula dengan opening act & gimik dari para penyampai Suria FM.
Bagi Suria FM, konsert ini adalah satu hadiah dan tanda penghargaan buat pendengar setia Suria FM yang telah memberikan sokongan dan meletakkan Suria FM di tangga ke-4 di antara stesen-stesen radio berbahasa Melayu yang ada di Malaysia. (sumber: AC Nielson)
Antara grup yang membuatkan konsert ini lebih happening dengan lagu rancak ialah One Nation Emcees. Mereka membawa 3 buah lagu iaitu Apa Ku Kisah, Raja Gelek dan berduet dengan vokalis Bumi Putera Rockers (BPR) untuk lagu Harum Subur di Hati.
Tengok Mimi ni bertambah kurus dan langsing. Kali terakhir bertemu Mimi pada Sidang Media konsert ini tempohari, beratnya 52kg. Dan berat Mimi terkini sekarang ni ialah 50kg.