Gambar Majlis Resepsi Persandingan Zed Zaidi & Nelly Natalia yang telah berlangsung semalam di Dewan Perdana Felda, Jalan Mentakab, Kuala Lumpur.
Pakaian untuk bersanding ini dibuat oleh pereka terkenal, Anizam Yusuf. Iqram Dinzly selaku rakan baik Zed Zaidi telah menjadi pengampit untuk pasangan ini. Antara selebriti yang hadir ialah Intan Ladyana, Kamal Adli, Liyana Jasmay, Tam Suhaimi, Annahita Bakavoli dan ramai lagi.
Selamat pengantin baru Zed Zaidi.
Sekitar Majlis Resepsi Zed Zaidi Kehadiran Tetamu & Selebriti
VIDEO Ucapan Zed Zaidi di Majlis Resepsi Persandingan
Video Majlis Persandingan Zed Zaidi di Dewan Perdana Felda:
Majlis resepsi perkahwinan pelakon Zed Zaidi dan Nelly Natalia berlangsung dengan penuh protokol apabila 20 pengawal mengawal ketat setiap upacara melibatkan pengantin. Keadaan tersebut menyebabkan pengamal media sukar merakamkan gambar mempelai sehingga timbulnya banyak rungutan di kalangan mereka.
Pengawal mengawal ketat sepanjang majlis berlangsung.
Majlis berkonsepkan moden dan tradisional itu berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Mentakab, di sini, malam Sabtu. Ia dihadiri lebih 800 tetamu termasuk kedua-dua ibu bapa pengantin iaitu Abd Jamil Talib (bapa Zed), Fauziah Hassan (ibu Zed), Mustafa Kamal Datuk Seri Hussein (bapa Nelly) dan Norijah Datuk Seri Mohd Bahri (ibu Nelly).
Turut hadir, rakan artis seperti Iqram Dinzly, Misha Omar, Ahmad Idham, Julia Ziegler, Aril (AF7), Intan Ladyana, Kamal Adli, Fizz Fairuz, Emelda Rosmila, Zehra Zamri, Adib (Fabulous Cat), Zizi (Fabulous Cat), Datuk Yusof Haslam dan Datuk Aziz Singah.
Bagaimanapun, Zed menjelaskan bahawa tindakan tersebut perlu dilakukan untuk memberi laluan kepada pengantin dan melancarkan perjalanan majlis.
Upacara persandingan di atas pelamin.
“Dua puluh pengawal yang bertugas ditaja oleh Epanco bermula dari majlis pernikahan hingga majlis resepsi pada malam ini. Tugas mereka adalah untuk memberikan laluan kepada kami dan melancarkan majlis. Tetapi dalam masa yang sama, saya turut risau dengan perjalanan majlis ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hasil kerjasama ramai pihak dan seperti biasa mungkin ada sedikit kesilapan,” kata Zed dalam satu sidang media ditemani isterinya.
Selepas seminggu bergelar suami, Zed akui banyak perubahan yang berlaku dalam hidupnya termasuklah memikirkan untuk bekerja lebih kuat.
Ibu Zed menepung tawar mempelai.
“Kalau dulu, saya hidup seorang diri tetapi apabila sudah berkahwin, saya rasa lain. Kami masih cuba menyesuaikan diri masing-masing dan saya juga belum sempat merasai masakan ‘air tangan’ isteri. Tentang bulan madu, kami memilih untuk ke Dublin, Ireland sekaligus melawat adik perempuan saya, Rozleen yang bekerja di sana. Lagipun, dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan saya. Kami belum tahu bila akan ke sana kerana saya bukan jenis suka merancang,” ujar Zed lagi yang menggayakan sut hitam.
Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya pada masa akan datang. Selepas berkahwin, Zed dan Nelly kini menetap di kediaman aktor itu di Damansara Perdana, di sini.
Pasangan yang berkenalan menerusi laman sosial Facebook itu bernikah pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Zed menganggarkan keseluruhan kos perkahwinannya melibatkan lebih RM100,000 termasuk belanja hantaran. via Mstar Online