Majlis yang digembar-gemburkan menjadi Wedding of the Year ini berlangsung penuh meriah dan gilang gemilang dengan tema Taman Ala Inggeris Klasik. Aturcara majlis sangat ringkas. Kedua-dua pasangan itu melangkah masuk ke dalam dewan kira-kira pukul 9 malam diiringi dengan lagu Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadhi secara live.
Acara dimulakan dengan bacaan doa daripada Imam Muda Asyraf Redzuan dan tayangan video majlis merisik, berinai dan akad nikah. Tiada acara merenjis, majlis ini begitu sederhana dari segi aturcaranya. Tidak terlebih dan tidak berkurang.
Che Ta tampil dengan rekaan elegan dan anggun mengayakan busana daripada pereka fesyen terkenal Qudyn Kuala Lumpur dan Rizalman turut memperagakan barang kemas bernilai RM11.2 juta. Seramai 500 tetamu termasuklah keluarga terdekat, rakan-rakan artis dan media menghadiri majlis tersebut.
Majlis dimeriahkan dengan nyanyian daripada Fazli Zainal, Ayu Damit dan Dafi. Sementara itu, antara rakan artis yang hadir ialah Ziana Zain, Sherry Ibrahim, Tasha Shilla, Azza Elite, Micheal Ang, Rizal Jaafar, dan Azhan Rani.
Zain dan Rozita selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang turut diadakan di sini pada malam Khamis lalu.
Pelakon popular dengan drama Kiah Pekasam ini telah menerima sembilan dulang hantaran yang diisi di dalam peti termasuk mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000.
Gambar Kredit: Ikram Ismail