Majlis resepsi perkahwinan Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa dengan seorang pramugari bernama Leen buat kali ketiga dah berlangsung di Zebra Square, Jalan Ampang pada 25 Mac lalu.
Majlis bekas anggota kumpulan X-Factor ini diadakan bagi memperkenalkan isterinya iaitu Saidatul Fazlin Zakaria atau Leen kepada pihak media dan kenalan rapat yang tidak sempat menghadiri resepsi perkahwinannya di Kelantan pada Oktober lepas.
Ternyata benar kerana masih ada keliru sama ada saya sudah berkahwin atau pun tidak? Rasanya tidak terlambat kerana Danny dan isteri baru sahaja berkahwin dalam enam bulan.
Untuk info pembaca, Danny dan Leen telah bernikah pada 16 September 2011 tahun lalu selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Majlis resepsi ini bertemakan perkahwinan ala-Inggeris berikutan dewan yang ditempah memang berkonsepkan demikian dan telah menghantar sebanyak 400 jemputan.
Danny memebritahu, kenikmatan berumah tangga sukar diucap dengan kata-kata dan mengakui bahagia berada di samping isterinya.
“Alhamdulillahlah perkahwinan saya dengan Leen bahagia dan saya bertuah dapat menjadikan dirinya sebagai isteri,” ujar Danny.
Ditanya mengenai anak, Danny berkata, buat masa ini dia dan isterinya masih dalam fasa bulan madu dan merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan.
“Sekarang tengah “honeymoon” lagi, Insya-Allah tahun depan kami merancang nak dapatkan anak,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Danny memberitahu dia terpaksa mengurangkan aktiviti lakonan kerana sibuk menguruskan acara-acara yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Bagaimanapun dia akan terus berlakon kerana itu adalah minatnya sejak dahulu lagi.
“Saya sekarang sudah berkahwin dan tak boleh mengharap kepada berlakon sahaja jadi kena buat pelbagai kerja untuk memastikan ekonomi keluarga bertambah kukuh,” katanya.