in

Gambar Majlis Persandingan Fifi & Feriz

Majlis Persandingan Fifi & Feriz. Begitu romantis…

Majlis persandingan berkonsep Diraja ini telah diadakan pada 17 Ogos ini bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur bermula pukul 8 malam.

Kata Fifi atau nama sebenarnya Noor Hafiza Saharuddin, tema upacara itu merupakan permintaan pengantin lelaki, lalu dia mempersetujui saranan itu.

Feriz menambah: “Biasanya mempelai akan mengenengahkan konsep kontemporari dalam majlis persandingan mereka. Berlainan pula bagi saya, lebih baik kalau acara itu diadakan dengan mengimbau kembali asal-usul budaya kita. Memandangkan kami adalah raja sehari, tiada salah hendak buat gaya di raja bukan?”

Pasangan ini mengambil keputusan untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci Mekah dua hari selepas majlis resepsi. – KOSMO!

Kredit gambar: Minaq Jinggo Fotopages. Lagi gambar di sini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ogy Ahmad Daud di Anugerah Skrin

Atie Abdullah Si Krisya Girl Friend Iqbal Dalam Drama Ku Milikmu