Gambar Majlis Akad Nikah One Sofazr & Ainul Shariza
Selepas 2 tahun lebih bercinta, akhirnya One Sofazr atau nama sebenar Wan Shah Baharom bernikah dengan kekasihnya, Ainul Shariza, seorang guru tingkatan di sebuah sekolah di Cheras.
Budiey ada terbaca dulunya, hubungan cinta mereka berdua banyak rintangan dan halangan. Namun, syukurlah segalanya selamat berlangsung dan mereka telah pun disatukan. One Sofazr bersyukur sebab semuanya selamat dan majlis berlangsung dengan lancar.
Majlis akad nikah telah berlangsung pada hari Sabtu lalu, 29 Oktober 2012, jam 11 pagi di rumah keluarga Ainul di Taman Jaya, Cheras dengan hantaran sebanyak RM10ribu. Pihak lelaki menerima 5 dulang hantaran berbalas 3 dulang hantaran.
Menurut One Sofazr, “Selepas bernikah hidupnya berubah serta merta. Jiwa lebih tenang dan seronok, happy di samping isteri. Berbeza dengan zaman bujang dulu. Selepas kahwin ni, rasa tanggungjawab sebagai ketua keluarga tu makin menebal.”
Ainul merupakan kekasih lamanya yang telah merujuk kembali selepas mereka berpisah. Ainul adalah anak jati kelahiran Kuala Lumpur dan sudah 6 tahun mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni.
Bagaimana perkenalan bermula?
“Sebenarnya, One dah kenal Ainul sejak sekolah lagi. Waktu itu kami di Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Cheras. Bagaimanapun cinta kami tak kekal lama disebabkan ada orang lain dalam hubungan kami. Pun begitu, selepas beberapa tahun tak berjumpa, One terserempak dengan Ainul semula. Waktu itu, Ainul sedang dalam dilema di mana cintanya bergantung tidak bertali. Sekarang, kami telah kembali bercinta.”
One Sofazr dan isteri akan diraikan dalam satu Majlis Resepsi pada 6 Oktober ini di Bora Ombak, Ampang. One memilih pulau sebagai lokasi bulan madu mereka sebab di Malaysia ni sangat banyak lokasi pulau yang cantik-cantik.
Bertanya tentang anak, One Sofazr mahu anak & zuriat seramai yang mungkin. “Kalau boleh, nak ramai sampai cukup buat SOFAZR BAND Junior! Hihihi.. Semampu yang mungkin sebab umur dah mningkat :).”
Selamat Pengantin Baru buat One Sofazr dan isteri. Semoga terus bahagia ke hujung nyawa dan beroleh zuriat yang comel.
Gambar Kredit: Tangkap Photography