Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sah bergelar pasangan suami isteri jam 3.50 petang semalam (5 Jun 2015) dengan hanya sekali lafaz. Pasangan itu bernikah di kediaman keluarga Hanis di Rumah kediaman Hanis Zalikha di Bukit Jelutong, selepas solat Jumaat. Pasangan ini dinikahkan bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali.
Majlis tertutup semalam dihadiri oleh kaum keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat sahaja. Hanis & Hairul dengan berbesar hati ingin berkongsi kenangan dan intipati majlis bersama anda.
Pihak pengantin wanita menyerahkan 11 dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin lelaki. Hanis menerima wang hantaran berjumlah RM91,019.90, yang memberikan simbolik tarikh lahirnya sendiri iaitu 9 Oktober 1990. Hairul turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300. Pasangan ini bertunang 21 Mac lalu juga di kediaman keluarga Hanis tetapi tanpa kehadiran Hairul.
“Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan ini fasa baharu yang akan ditempuhi saya bersama suami. Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma semestinya memberi sisi tersendiri buat kami berdua. Terima kasih kepada yang sudi hadir,” kata Hanis, yang cantik disolek Tiar Zainal dan anggun dengan persalinan rekaan Zery Zamry.
Pasangan ini berkenalan pada tahun 2004 dan mulai intim selepas Hairul melamar Hanis di kaca TV ketika siaran langsung pertandingan Gegar Vaganza anjuran stesen penyiaran Astro. Majlis resepsi mereka akan dilangsungkan pada 14 Jun ini di Hotel Majestic. Turut hadir ialah Sariyanti, Yasmin Hani, Diana Danielle, Datin Nina Juren, Dafi dan Hafizul Kamal.
Majlis: Majlis Pernikahan
Tarikh: 05th June 2015
Masa: 3 PM sehingga 6 PM
Tempat: Rumah kediaman Hanis Zalikha di Bukit Jelutong
Tema: Dreamy Oriental
Bilangan yang hadir: 200 orang
Kawan Selebriti: Yasmin Hani, Diana Danielle, Sari Yanti, Datin Nina Juren dan Suami, Zoey Rahman, Dafi Ismail Sabri, Mat redho, Alam Wakaka.
Dekorasi: Qarmasutra Weddings & Events Shah Alam
Perancang Perkahwinan: Januar Haikal dan Ben Firdaus Azraai
Jurugambar: Wsvs.co, Clicker Studio, Molkhan dan Zameer
Juruvideo: Manggis TV
Jurusolek Nikah: Tiar Zainal
Persalinan Hanis dan Hairul: Zery Zamry dan Jakel Textile
Kesemua majlis Hanis dan Hairul akan disiarkan di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123 secara ekslusif pada:
1. Episod Pertama: Love Story akan disiarkan pada 10 June 2015
2. Episod Tunang dan Nikah akan disiarkan pada 17 June 2015
3. Episod Resepsi dan Bertandang yang akan disiarkan pada 24 June 2015
Untuk Makluman pihak tuan dan puan, Astro memiliki hak eksklusif majlis perkahwinan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen dimana Stesen TV dan media elektronik lain tidak dibenarkan untuk membuat sebarang liputan sepanjang majlis ini diadakan.
Semua gambar yang akan diguna pakai sempena majlis pernikahan ini haruslah dikreditkan kepada Wsvs.co, Clicker Studio, Molkhan dan Zameer secara sama rata.
Lafaz Akad Nikah: Hanya Sekali lafaz Alhamdulilah
Mas Kahwin: RM 300
Wang Hantaran: RM 91,019.90
Pengacara Majlis: Adik Hanis Zalikha sendiri, Nur Sarah Alisya (adik bongsu) dan Hafiizhullah Ariff (adik bongsu lelaki).
Dinikahkan oleh: Bapa Hanis sendiri, Zainal Rashid Mohd Zain