in

Gambar Majlis Kahwin Imuda & Zabarina Hajar Kahwin

Budiey BlogSetelah hampir 7 tahun menduda, pelakon, pelawak, pelukis dan kaki seni, Imuda selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Zabarina Hajar Mushadi Ali, 28 tahun, dengan sekali lafaz kira-kira jam 11 pagi di Masjid Negeri, Pulau Pinang pada 20 Februari 2010.

Tahniah Imuda!

Pelakon komedi atau popular dengan gelaran Budin dalam drama sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan 2+1 ini telah jatuh hati dan berkahwin dengan seorang Penolong Pengurus di sebuah bank di ibu negara dengan mas kahwin RM1,001 bersama RM22,222.22 sebagai wang hantaran berserta 9 berbalas 11 dulang hantaran.

Imuda mula tertarik untuk mengenali Sabrina ketika kali pertama bertemu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ketika dia mengadakan persembahan di situ.

“Daripada pertemuan itu, kami berkawan dan berkenalan dengan lebih rapat sehingga membuat keputusan untuk berkahwin. Tiada apa yang menggembirakan saya selain anak-anak merestui perkahwinan kali ini. Bahkan, bakal isteri saya juga bersedia menerima kehadiran anak-anak saya.” – Imuda

Majlis kahwin Imuda dikongsi bersama oleh dua orang anaknya, Raihana 15 tahun dan Mohd Redza 8 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya.

Budiey ingin mengucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan sekali lagi buat Imuda. Semoga perkahwinan kali ini kekal bahagia rukun damai hendaknya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Pemenang Akademi Fantasia 8

Gambar Nasha Aziz di Sidang Media Teater Muzikal ANTARA