Pada 31 Ogos 2008, tatkala rakyat Malaysia melaungkan semangat kalimah Merdeka, dalam diam-diam, tanpa hebohan media dan peminat, penyanyi Intan Sarafina telah melangsungkan majlis pertunangan dengan kekasihnya, Iskandar.
Budiey dan pembaca Sensasi Selebriti ingin mengucapkan tahniah. Semoga hubungan cinta suci dan kebahagiaan milik kalian berdua hingga ke jinjang pelamin. Elok la tu, korang berdua memang sama cantik sama padan… dua-dua anak Datuk. So, kira matching la tu.
Majlis perkahwinan Intan Sarafina akan berlangsung dalam tahun ini juga sebab Intan tak nak tunggu lama-lama.
Dulunya, kecoh seketika setelah gambar Intan bersama kekasihnya bercuti di Pulau Andaman ini tersebar di internet. Lepas kahwin nanti apa pula destinasi berbulan madu korang ya? Mesti korang suka berseronok-seronok kat pulau jugak. Apa kata gi tempah tiket awal-awal… oh ya, 5 – 7 September ni ada Matta Fair kat PWTC kan?
Apa-apa pun, sekarang, jelas hubungan cinta Intan dengan jejaka yang bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat gergasi begitu kukuh. Bukan sekadar cinta biasa.
Khabar angin yang tiba dari arah mana mengatakan majlis merisik dilangsungkan pada 13 Julai 2008.
Budiey: Seronoknya tengok orang bertunang, aku ni bila la, umur dah lanjut. Sayang sekali, takde sape yang nak… nak buat camna.
Gambar lain yang lebih menarik bolehla layari,