Baru-baru ini Budiey dapat berita di mana telah berlangsung dengan meriahnya satu majlis aqiqah untuk anak Ashraf Muslim bersama isteri keduanya Wan Sakinah. Isteri pertama Ashraf Muslim, Dayana juga turut serta di dalam majlis yang diadakan di kediaman mereka.
Bukan sahaja tertarik melihat majlis sambutan itu dihias cantik dengan buaian berendoi dan mini taman warna biru dan merah, tetapi juga kemesraan, kebahagian dan keikhlasan jelas terpancar diantara Dayana dan Sakinah.
Tak mustahil tapi amat sukar melihat seorang lelaki yang berpoligami mampu membuatkan isteri-isterinya menerima satu sama lain dengan reda namun Ashraf Muslim nyata berjaya melakukannya.
Pengikat kasih keluarga Ashraf adalah bayi sulung yang dilahirkan isteri keduanya dan diberi nama Sarah Ashraf.
Bahagia, damai dan sempurna! Itulah perkataan yang terpacul dari mulut kami tatkala melihat gambar majlis aqiqah bayi sulung pelakon Ashraf Muslim bersama isteri keduanya Wan Sakinah di kediaman mereka. Anak sulung mereka yang diberi nama Sarah Ashraf Muslim itu dilahirkan pada jam 11.50 malam ( 5 April 2014 ) dengan seberat 2.51kg bertempat di Tropicana Medical Centre secara normal.
Gambar-gambar majlis bahagia yang dirakam oleh jurugambar rasmi mereka iaitu The Photolicious itu menggunakan warna tema merah jambu dan biru muda turut dihadiri isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana yang mengenakan pakaian warna sedondon dengan Wan Sakinah. Jom lihat gambar yang Budiey nak kongsikan di sini!
Semoga kebahagiaan keluarga ini terus berkekalan dan pastinya ramai juga yang mendoakan agar Dayana dikurniakan anak secepat mungkin