Semalam, tarikh istimewa 12.12.12 menjadi tarikh keramat buat pengantara, pengacara dan personaliti TV3, Zakiah Anas yang telah selamat bernikah dengan pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11.35 pagi.
[pullquote align=”right”]Tahniah! Selamat pengantin baru buat Zakiah Anas dan suaminya. Semoga hubungan berkekalan selama-lamanya.[/pullquote]
Budiey tidak dijemput untuk ke majlis ini namun terima kasih kepada Mazidul kerana gambar dan berita ini Budiey ambil dari blog personaliti TV3 yang juga kawan rapat dengan Zakiah Anas… Mazidul Akmal Sidek.
Menurut Mazidul, suami Zakiah, Azmi ni satu negeri dengan Zakiah yang mana kedua-duanya berasal dari Perak dan pernah bertemu Zakiah semasa menuntut di institusi pengajian tinggi sama dalam jurusan Pelancongan dan Pengurusan Hotel.
Majlis yang disambut secara sederhana itu dihadiri lebih kurang 50 orang tetamu yang terdiri daripada saak-saudara dan rakan terdekat.
Beliau dinikahi oleh Kadi Haji Mohd Arip Johdi dengan masa kahwin RM13,500 tunai. Turut berada di sisi Zakiah, ibunya, Enon Puteh Lan, 83 tahun dan adik-beradik. Zakiah anak kelahiran Bagan Serai, Perak, anak bongus daripada enam adik-beradik dan graduan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam.
Berpakaian serba putih, Zakiah dan pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 tahun, kemudian dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan masa kahwin RM13,500 tunai. Dengan sekali lafaz, mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri pada jam 11.35 pagi, diwalikan oleh abang Zakiah, Mohd Adnan Anas.
“Kami berjumpa kira-kira dua puluh satu tahun lalu sewaktu belajar di UiTM. Keluar kali pertama dengan Azmi secara berkumpulan, menyaksikan konsert kumpulan dari Indonesia, Gigi di Live Center, Kuala Lumpur. Selepas itu terus tidak bertemu lagi sebab dia melanjutkan pelajaran ke Jepun.”
Berikut wajah Zakiah yang dirakam oleh Mazidul beberapa kurang seminit selepas berstatus isteri.
Kredit Foto & Berita: Mazidul Akmal Sidek