Alhamdulilah, majlis akad nikah Serina telah pun selamat dilangsungkan pada 11.30 pagi 1 Januari 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan. Akhirnya, anak dara kepada Chef yang juga seorang pelakon dan hos popular ini telah menjadi milik mutlak Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.
Budiey ingin mengucapkan Selamat pengantin baru kepada Serina dan suami. Semoga bahagia, hubungan kekal dan selamat semuanya hingga ke akhir hayat.
Bagi Chef Wan, selain rasa terharu kerana gembira, beliau amat sedih untuk melepaskan Serina dan mengharapkan Gavin dapat menjaga Seina dengan baik.
Selebriti masakan itu turut menasihatkan Serina agar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik terutamanya membimbing suami mendalami Islam.