Syukur, alhamdulillah. Pada jam 9 malam tadi telah berlangsung majlis Akad Nikah Diana Amir bersama Habib A Rahman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai ‘Masjid Besi’. Turut dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak, sahabat handai dan para media.
Dengan sekali lafaz, Nurdiana Amir Hashim dan Mohd Habibullah A Rahman telah pun selamat bergelar suami isteri dengan mas kahwin sebanyak RM1000.00 beserta sebentuk cincin dan Al-Quran sebagai hantarannya. Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid berkenaan iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapanya sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.
Tahniah dan selamat pengantin baru Budiey ucapkan kepada kedua mempelai. Semoga Diana Amir dan pasangan bahagia hingga ke akhir hayat. Foto Kredit: MIG Online