Budiey pun tak pasti macamana gambar ini boleh tersebar di internet. Kelihatan Ashraf Muslim begitu gembira dengan wajah yang berseri-seri menyarungkan cincin ke jari Sakinah yang siap berinai.
Sejak kita dikecohkan dengan berita pernikahann, tiada lagi penjelasan dari Ashraf Muslim dan pasangannya Wan Sakinah berhubung kontroversi yang melanda mereka. Masing-masing dilihat cuba mengelakkan diri dari media. Dalam pada itu, ramai peminat Ashraf Muslim menantikan gambar pernikahannya dengan isteri keduanya itu.
Ashraf Muslim juga dikatakan mahu mengelak diri daripada media sehingga mahu membatalkan menjadi moderator di sebuah forum di Busana, Jalan Tar semalam.
Ashraf Muslim juga dikatakan mahu mengelak diri daripada media sehingga mahu membatalkan menjadi moderator di sebuah forum di Busana, Jalan Tar semalam.
Apa yang menariknya, busana majlis nikah yang dipakai oleh Sakinah memang cantik dan sangat elegan. Nampak dari jauh wajahnya persis Tiz Zaqyah. Sangat manis bak bidadari.
Dikatakan busana ini tidak sesuai untuk majlis nikah kerana biasanya busana nikah adalah warna putih. Jika diberi pilihan baju ini sesuai untuk majlis resepsi.