in

Gambar Liyana Jasmay di Rumah Terbuka Suria FM

Salam Jumaat semua, korang dah menonton filem Papadom? Mmm… amacam? Ada okay? Kalau ada rezeki, Budiey akan buat Movie Day Out Bersama Pembaca bagi menonton filem Papadom. Tengok lah nanti macamana.

Masa rumah terbuka Suria FM yang lalu, Budiey ada borak-borak dengan Liyana Jasmay, salah seorang pelakon utama filem arahan Afdlin Shauki ni. Menurut Liyana Jasmay, filem Papadom ni adalah filem yang unik sebab tajuknya adalah satu nama makanan. Memang tak pernah ada lagi nama makanan dijadikan tajuk filem. Keduanya, filem ni sebenarnya ada 2 makna iaitu Papa + Dom = Papa Saadom iaitu gabungan dari nama kepada watak Afdlin Shauki.

Filem Papadom sedang ditayangkan di pawagam berdekatan. Budiey ada dengar sambutan untuk filem ini agak menggalakkan juga. Menurut PR Tayangan Unggul, semua penonton di GSC Alamanda semalam begitu teruja sehingga ada yang bangun, buat standing ovation dan bertepuk tangan setelah selesai menonton.

Scene yang paling menyentuh perasaan Liayna ialah semasa dia berlaku kurang ajar dengan ayahnya sehingga sanggup menghalau bapanya.

Kesian Liyana Jasmay apabila Budiey tengok dia stres bila diganggu oleh seorang yang berperangai agak psycho di Majlis Rumah Terbuka Suria FM yang lalu. Budiey cakap, ala, layan je la peminat setia tu.Biasalah tu kena usik-usik. Tapi kalau ganas tu, mmm… mengerikan jugak ek?

Tiada yang terbaru tentang Liyana melainkan beliau akan melancarkan albumnya pada 12 November ini dan akan terlibat dengan produk Maybeline di majlis pelancaran produk terbaru barangan solekan itu. Good luck, Liyana~

Muka tetap manis walaupun dikacau psycho

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri In Heart & Hyrul Mentor 3

Xpresi Remaja Dedahkan Gejala Keruntuhan Akhlak