Sensasi Selebriti ingin mengucapkan sekalung tahniah, selamat berbahagia dan selamat pengantin baru kepada pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi di atas perkahwinan dan majlis persandingan RM1 juta yang telah pun berlangsung.
—
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah pasangan pelakon popular, Lisdawati Nazaruddi, 28, dan suami, Fauzi Nawawi, 34, apabila mereka diraikan pada majlis persandingan yang cukup ‘mewah’ di Dewan Komuniti, Taman Ibu Kota, di sini, malam ini. Menurut Lisdawati atau lebih mesra disapa Lis ini, walaupun majlis itu diadakan secara sederhana, tetapi ia cukup bermakna buat dirinya dan Fauzi kerana mendapat tajaan melebihi RM1 juta daripada pelbagai pihak sempena meraikan hari bersejarah pasangan ini.
Majlis itu mendapat tajaan antaranya daripada Rafflesia the Pearl Centre yang menaja barangan kemas bernilai RM1.5 juta untuk digayakan oleh Lisdawati pada persandingan mereka itu. Beberapa pereka fesyen tanahair juga turut menaja busana pasangan ini untuk digayakan pada majlis itu seperti songket sedondon berwarna kuning kundang yang direka khas oleh Calvin Thoo, gaun petang yang dipakai oleh Lis pada upacara memotong kek hasil rekaan Michael Shu, tuxedo rekaan Kenny Loh dari Lord’s Tailor dan kasut rekaan Karina Ng dari Four Seasons Collection.
Manakala pelamin pada majlis persandingan itu pula ditaja oleh AZM Bridal dari Johor yang mencecah kos melebihi RM50,000.
“Saya amat terharu memang saya tidak pernah menyangka akan ada pihak yang ingin menaja majlis bersejarah kami ini. Ini adalah rezeki. Ada juga yang diberikan terus kepada kami sebagai hadiah perkahwinan seperti tuxedo yang dipakai oleh Fauzi dan kasut rekaan Karina. Tentang majlis ini, kami memang akan hanya buat sekali saja persandingan. Selain kerana jadual kami yang sibuk, kami lakukan sekali saja disebabkan ahli keluarga saya dan Fauzi juga ramai berada di Kuala Lumpur. Jadi, tidak perlulah bersanding banyak kali,” kata Lis sambil tersenyum.
Majlis yang berlangsung sekitar jam 8.30 malam itu dihadiri oleh hampir 1,000 orang tetamu, terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sanak-saudara, kenalan serta rakan-rakan artis. Antara rakan artis yang turut kelihatan ialah Ako Mustapha, Rozita Che Wan, Ezlynn, Darling Ngasri, Salina Saibi, Zul Huzaimy, Shaharuddin Thamby, Norlia Ghani dan Rosnah Johari manakala pengacara sensasi Azwan Ali dan penyanyi dangdut Ifa Raziah bertindak sebagai pengacara majlis.
Lis dan Fauzi ini selamat diijabkabulkan pada 9 September lalu pada majlis yang dibuat secara sederhana di kediaman Lisdawati di Kondominium Setapak Ria yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak. Pada majlis pernikahan pasangan ini tidak lama dulu, Lis menerima sembilan dulang hantaran oleh pihak lelaki beserta wang hantaran sebanyak RM21,111.11 dan berbalas 11 dulang oleh pihak perempuan.
Ini merupakan perkahwinan pertama Lis manakala yang kedua untuk Fauzi. Fauzi sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan empat orang anak.
sumber gambar dan artikel: MstarOnline [tags]foto Lisdawati Nazaruddi, wedding Lisdawati Nazaruddi fauzi nawawi, lis kahwin, gambar lisdawati bersanding, majlis kahwin sanding lisdawati, gambar lisdawati kahwin, butik Calvin Thoo, AZM Bridal, wedding hantaran, video youtube lis kahwin, lis melodi, adik angkasawan meninggal dunia, adik sheikh muzaphar meninggal dunia, hantaran lisdawati, gambar resepsi private erra fazira, gambar majlis reception erra fazira private, profile lisdawati, butik Michael Shu, alamat butik Kenny Loh, Karina Ng, Four Seasons Collection[/tags]