Gambar Leuniey Natasha di Pelancaran RATU By Ezuwan Ismail
Pada jam 8 malam tadi, jelitawan, model dan usahawan terkenal, Leuniey Natasha telah berada di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur untuk tampil sebagai salah seorang model yang menggayakan rekaan terbaru Ezuwan Ismail yang bakal dijual di Butik Ratu.
Budiey tengok ramai media menemuramah Leuniey yang katanya bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember ini. Namun, Leuniey tak mahu mengulas lebih panjang kerana beliau mahu tunangnya, Khairul Fahmi Che Mat yang keluarkan kenyataan tentang tarikh perkahwinan mereka.
Menurut Leuniey, mereka akan mengadakan sidang media khusus untuk mengumumkan tarikh perkahwinan nanti.
Sebenarnya, ini kali pertama Budiey bertemu dan bersua muka dengan Leuniey secara personal, walaupun semasa Pelancaran Haruman Terbaru SimplySiti dulu, pernah tengok Leuniey secara live tapi kali ini lebih rapat lagi la. Huhu, nampak tak diriku ini sangat jakun di situ. Siap bergambar dengan Leuniey sebab dia kan akan bergelar isteri kepada Apex. Gituh! Budiey kira, Leuniey ni cantik gak la, kalau tak, takde nyer SimplySiti nak ambil dia jadi model kan?
Oh ya, congrats untuk Ezuwan Ismail kerana telah mengembangkan lagi karier beliau sebagai pereka fesyen di Malaysia. Korang jangan lupa pulak dapatkan koleksi terbaru Ezuwan Ismail di butik Ratu ya.
Inilah gambar terbaru bakal isteri penjaga gol terkenal, Khairul Fahmi Che Mat yang cantik ni.