“Saya dah penat membujang kerana umur saya pun dah 39 tahun… kalau boleh saya nak kahwin tahun ini juga!”. Oh Itu kata Lan Pet Pet beberapa bulan yang lalu. Kemudian, Lan buat keputusan senyap-senyap tanpa bagi tau kawan-kawannya yang dia akan kawin. Kejutan kononnya tetapi itulah, Lan Pet Pet tidak mahu membesarkan benda-benda personal sebegini.
Berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Alor Star, Kedah, jam 10 pagi, majlis itu dihadiri oleh famili terdekat.
Mahathir berkata, perkenalan Lan dengan Rubytah, seorang ejen insurans terjalin sejak lima tahun lalu dan mereka mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan ke jenjang pelamin kira-kira tiga bulan lalu.
Akhirnya, Lan Pet Pet telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Ruby Che Wan pada 20 Ogos lalu. Tahniah, bro. Kahwin jugak akhirnya. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu ya!
Percintaan selama 14 tahun antara pelawak siri komedi Senario, Lan Pet-Pet dengan Rubytah Abu Bakar @ Che Wan, berakhir di gerbang perkahwinan apabila mereka diijabkabulkan di Masjid Al-Bukhary di sini hari ini.
Dengan empat kali lafaz, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 39, sah menjadi suami kepada perunding pelaburan itu dengan kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih susu.
Pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM888 oleh juru nikah Masjid Al-Bukhary, Mohamad Isa Shaari setelah diwakilkan oleh adik Rubytah, Roshidi, 29, tepat pukul 12.10 tengah hari sambil disaksikan keluarga kedua- dua pihak.
Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar- tukar dulang hantaran iaitu tujuh dulang daripada Lan termasuk wang hantaran RM8,000 beserta sirih junjung, beg tangan jenama Gucci, kek dan senaskhah al-Quran.