Gambar Konsert Westlife Live in Malaysia Gravity Tour 2011
Bagi Budiey, hadir di Konsert Westlife pada Jumaat lalu cukup meninggalkan kesan dan ianya secara peribadi satu kenangan yang tak mungkin dilupakan. Apa taknya, bagi remaja yang membesar dengan lagu-lagu Westlife yang pada Budiey banyak sekali lagu-lagunya boleh dikategorikan sebagai satu nostalgia.
Secara keseluruhannya, konsert yang diadakan di Stadium Tertutup Bukit Jalil ini adalah satu konsert yang sangat happening, meriah apatah lagi apabila disaksikan lebih 7,700 peminat di Malaysia. Walaupun stadium tidaklah penuh dan padat seratus peratus, namun kemeriahan dan sambutan yang cukup bersemarak dari peminat dah cukup membuktikan Westlife belum lagi pupus kerana muziknya dan lagu jiwangnya masih diterima. Membuka pentas dengan lagu When You’re Looking Like That, World Of Our Own, What Makes A man, Safe, Home My Love, Beautiful Tonight seakan merasuk penonton untuk turut sama menyanyi bersama Westlife yang dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan. Dalam ramai-ramai ni, Mark je yang berani mengaku kata dia seorang gay atau homoseksual.
Ops kita tinggalkan kisah peribadi mereka, kerana yang penting konser ini adalah untuk mempromosikan single kedua mereka berjudul Lighthouse yang terkandung dalam album terbaru mereka, Gravity. Tidak cukup dengan itu, Westlife menghiburkan penonton dalam segmen kedua dengan beberapa lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi lain yang mana lagu-lagu tengah hangat diputarkan di corong radio. Antaranya, Viva La Vida / Only Girl In The World/ Time of my life…Dirty Bit…Bad Romance.
Rata-rata penonton begitu bersemangat untuk menari dan menyanyi bersama Westlife. Lagu-lagu wajib seperti Seasons In The Sun, You Raise me Up, Already There, I will Reach You, Flying Without Wings juga turut diperdengarkan. Persembahan selama 2 jam itu ditutup dengan dua buah lagu What About Now & Uptown Girl. Peminat seakan tidak puas dan mahu lagi dan lagi.
Konsert ini bukannya kali pertama kerana Westlife pernah buat konsert sulung di negara ini pada Jun 1999 iaitu kira-kira setahun selepas kumpulan itu ditubuhkan. Manakala pada November 1999 mereka kembali buat kali kedua sebelum muncul lagi pada Mei, 2001. Kali terakhir Westlife muncul di Malaysia adalah pada tahun 2002.
Konsert yang tamat kira-kira pukul 10.30 malam itu oleh dibawakan oleh JS Concert Productions bersama Midas Promotions.