Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia haaa siapa yang tahu. Itu yang Budiey rasa kena dengan realiti yang berlaku pada si pemain bola sepak yang menjadi idaman gadis seluruh Malaysia, siapa lagi kalau bukan Apex atau nama sebenarnya, Khairul Fahmi Che Mat. Ye lah, sampai isteri Budiey sendiri pun sanggup hadir menemani Budiey semata-mata mahu bertemu dengan bintang sukanista ini semasa Pelancaran Wajah Baru BrylCreem dan pengumuman Apex sebagai duta terbaru produk penggayaan rambut ini. Pergh! Kuat betul aura dan penangan jejaka dari Kelantan ini, kan? Ramai betul peminat Apex rupanya. Patutlah follower Apex kat Twitter pun dah cecah 120ribu orang pengikut.
Ye lah, kalau nak disenaraikan, dia boleh diletakkan dalam top 5 personaliti sukan paling glamor. Kalau tak, memang nama dia takkan terpilih sebagai duta beberapa produk. Sebelum ini, Apex dilantik jadi model iklan dan duta produk wangian semburan badan dari SimplySiti, dan terbaru, wajah Apex terpampan di iklan TV untuk minuman 100 Plus.
Dan, pada 31 Julai 2012, terukir dalam lipatan sejarah hidup Apex menjadi wajah baru BrylCreem secara sah, walaupun beberapa minggu sebelum ini, wajahnya beliau terlekat erat di dada bas sekitar ibu negara.
Budiey ingin mengucapkan syabas buat penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dipilih untuk menjadi wajah kepada produk penjagaan rambut, Brylcreem. Ini menjadikan beliau sebaris dengan personaliti sukan bola sepak seperti David Beckham, Kevin Pietersen dan iklan sukan lain di seluruh dunia. Pergh, kelas giler. Ko ada?
Pemilihan Apex sebagai duta produk ini dilihat begitu bertepatan dengan personalitinya yang sentiasa berkeyakinan di dalam dan di luar padang selain memiliki semangat dan keazaman untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburinya.
Menurut kata Apex, “Saya begitu teruja diberi peluang untuk mewakili jenama ini yang memiliki nilai yang sama seperti diri saya. Saya menjadi lebih teruja lagi kerana dapat menyertai barisan bintang sukan yang lain terutama sekali David Beckham, dan menjadi wajah baru Brylcreem di Malaysia.”
Tahniah Apex!