Gambar Kak Engku di Sidang Media Kilauan Emas.
Wah, tahniah buat Raja Azura Ahmad Tajudin atau nama timangannya Kak Engku dilantik menjadi pengacara program terbaru Kilauan Emas di Astro Prima. Sesuai dengan usia beliau yang bakal menjangkau usia 39 tahun pada 18 Ogos ini. Juruhebah dan penyampai radio Sinar FM ini hadir dengan fesyen ala retro di Majlis Sidang Media Kilauan Emas di Restoran Warisan semalam.
Menyingkap kembali kejayaannya, Kak Engku pernah menggondol Anugerah Bintang Popular 1993 & 1994, Pengacara Sensasi Popular di Anugerah Buletin 2001, Pengacara Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2002 & 2003 dan Pelakon Jahat Wanita Terbaik di Anugerah Oscar 2008.