Tak terlewat rasanya nak ucap Selamat Pengantin Baru kepada Mek Pantai Timur. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan hidupnya.
Pelakon dan pelawak sitkom Salam Pantai Timur, Nik Sayyidah Fatiha Yazid, 26, atau lebih dikenali sebagai Mek Siti, selamat dinikahkan dengan pasangannya Mohd. Hariff Ghazali, 34, oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad di Masjid Kubang Kerian, Kota Bharu.
Mek Siti yang memilih Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan itu sebagai teman hidup, dihadiahkan gelang tangan emas bertatah berlian bernilai RM10,000 dalam upacara membatalkan air sembahyang.
Mek Siti jumpa ngan teman hidup dia nie masa persembahan istana..bertuah Mek Siti… Aku ada gak tengok Mek Siti ni berlakon dalam cite…memang slamber jer..Mek Siti lening makin slim makin comey aku nengok..
“Ciri-ciri yang ada pada suami, iaitu menghormati dan menyayangi keluarga saya seperti mana menyintai saya amat memikat hati. Dia ikhlas menerima Mek seadanya,” kata Mek Siti.
Persandingan kedua-dua mereka berlangsung meriah di rumah pengantin perempuan di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.
Mek yang mengalami transformasi dari segi saiz badannya, menerima mas kahwin RM11,111 selain 15 dulang hantaran berisi set barangan kemas, tas tangan, kasut jenama Bonia, gelang tangan bertatah berlian bernilai lebih RM10,000 dan tiga persalinan.
Majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah pengantin lelaki di Kampung Mulong, Wakaf Bharu pada 19 Mac. Mek mula berkenalan dengan Mohd Hariff yang bertugas sebagai Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan, ketika diundang untuk menjayakan satu program di Istana Kelantan, empat tahun lalu.
“Selepas berkahwin, saya akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon dan kini sedang menunggu penggambaran filem.” kata Mek.