in

Gambar Kahwin Dekna AF

Aryanna Najwa Ahmad, 20 tahun telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya dengan anggota polis Fazli Ayob, 25 tahun pada 21 Ogos 2008. Sepatutnya dibuat pada bulan Disember nanti sudah dipercepatkan. Majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.

Sementara majlis sanding pula akan dibuat di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang pada hari Sabtu, 23 Ogos lalu. Menurut Dekna, majlis persandingan dia dengan Fazli cuma dibuat secara kecil-kecilan.

Mulanya, ramai yang tak tahu Dekna sebenarnya bercinta dan telah bertunang dengan seorang pegawai polis ketika dia kelahiran Pulau Mutiara ini masih di dalam Akademi Fantasia. Rahsianya tidak dapat disembunyikan lagi.

Kini, Dekna telah berkahwin dengan pasangannya. Namun, khabarnya suami Dekna tidak membenarkan jurugambar mengambil gambar dan meletakkannya di dalam akhbar. Kalau letak pun, kena hitamkan gambar suaminya. So camna? Gambar diorang dah tersebar di internet dah pun.

Untuk gambar lain, sila layari di:

http://budifoto.blogspot.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin Dalam Drama Mana Kek Siti

List Senarai Buffet Ramadan Restoran Hotel 2008