Masih ingat lagi dengan pelantun suara untuk lagu Izin Ku Pergi? Ya, Kaer Azami namanya. Orang Kelantan dan beliau masih berada dalam industri hiburan. Masih bergelar penyanyi meskipun agak senyap tanpa publisiti meluas. Dulu, Kaer pernah mengumumkan mahu bersara dari dunia seni untuk fokus kepada bidang perniagaan. Pada tahun 2011 pula, Kaer telah membuka butik yang diberi nama Kazami Homme yang menjual pakaian kemas dan kasual untuk golongan lelaki.
Ramai yang tertanya tentang status Kaer Azami ni. Kalau awal tahun lepas, tersebar gosip mengatakan Kaer Azami dah bertunang dengan seorang wanita yang berasal dari Indonesia semasa belajar di sana. Tapi dinafikan sekerasnya oleh Kaer.
Hadir bersahaja dengan kain denim seluar gelap dan baju suit tanpa tali leher tapi kemas kasual.
Gambar Kaer Azami di Anugerah Juara Lagu 27