Mulanya, Budiey pun tak sangka akan menerima kad jemputan ke majlis nikah dan majlis resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin memandangkan awal-awal lagi Budiey dengar, Che Ta tak nak jemput pun penulis blog hiburan. Tapi, percayalah, walaupun Che Ta kecil hati dengan penulis blog yang banyak mengutuk beliau, tapi nama Budiey terselit antara lebih ratusan tetamunya di majlis gilang gemilang penuh kemeriahan. Syukurlah. Budiey anggap ini satu penghargaan dari Che Ta dan juga ini satu peluang untuk buat live updates.
[pullquote align=”right”]Gementar juga untuk menghadiri majlis grand ni sebab dikatakan menerima tajaan paling banyak dalam sejarah. Bayangkan untuk set barangan kemas sahaja, tajaan bernilai RM10 juta dan tas tangan berjenama mewah, Birkin dengan harga paling murah mencecah RM23,000.[/pullquote]
Selain set barang kemas dan tas tangan, pengantin dijangka akan bertukar hantaran, antaranya kasut berjenama, minyak wangi dan pelbagai barangan lain yang dianggarkan RM100,000 sebelah pihak.
Budiey pun ingin ucapkan terima kasih kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin kerana sudi menjemput Budiey di kedua-dua majlis ini yang diadakan di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Dengarnya, hanya seorang sahaja yang dapat mewakili setiap media yang dijemput. Tiada jurugambar yang akan diberikan masuk memandangkan pihak pasangan ini sendiri akan menghantar gambar-gambar menarik sekitar majlis berlangsung. Jadi, pihak media tak payah nak bersusah payah untuk booking fotografer.
Apa-apa pun, Budiey akan siarkan #LiveUpdate secara langsung di majlis akad nikah pada malam ini. Jangan lupa untuk ikuti live updates dari Budiey di Facebook fan page : facebook.com/budieydotcom follow budiey di Twitter: @budiey dan di Instagram #hashtag: #majlisakadnikahcheta
Di entri ini, Budiey nak letak beberapa gambar kad nikah dan majlis resepsi yang dihantar oleh Che Ta. Memang istimewa dan sangat eksklusif serta mewah.