Budiey kira, ramai tak kenal lagi dengan pelakon filem ESTET bergelar Jasmine Michael. Mungkin ramai pembaca yang tak selalu tengok drama Tamil. Tapi menjelang Tahun Baru Cina nanti, korang akan menonton lakonan Jasmine Michael dalam filem ESTET.
Masa hadir di Pelancaran Klip Muzik Video dan Novel Filem ESTET, Budiey sempat berkenalan dengan pelakon utama filem arahan Mamat Khalid ini. Orangnya sangat mesra, sangat cantik, suka tersenyum dan easy going.
Tak terlewat untuk Budiey ucapkan Salam Deepavali buat Jasmine, walaupun Budiey tahu, Deepavali kali ini tak berapa meriah sebab Jasmine masih lagi berkabung untuk memperingati kematian mendiang nenek tunangnya yang meninggal dunia November tahun lalu.
Tahun ini, Jasmine beraya di Puchong, Selangor. Cuti selama 2 hari itu, Jasmine sempat beraya di rumah kawan dan sanak saudara.
Untuk pengetahuan pembaca, gadis 30 tahun yang sekarang menetap di Petaling Jaya ini bukan sahaja seorang pelakon tetapi beliau juga seorang penari. Kalau tak percaya korang boleh tonton video klip filem ESTET. Kariernya bermula pada tahun 2002 dan mula mengenali tunangnya, KK Khanna, 33 sebelum menjadi pelakon lagi.
Jasmine memulakan karier seninya sejak 2002 dan bukan saja terbatas sebagai pelakon, dia turut meminati tarian klasik India dan terbabit dalam klip video. Tambah Jasmine, dia mula mengenali tunangnya, KK Khanna, 33 sebelum menjadi pelakon lagi. Pada 27 Oktober ini genaplah usia hubungan mereka sembilan tahun. Mereka bertunang sejak empat tahun lalu. Tunang Jasmine juga adalah orang seni juga dan bergelar sebagai pengarah, penyanyi dan editor untuk industri hiburan Tamil. Budiey dapat tahu, tunangnya banyak memberi sokongan dan galakan untuk Jasmine memilih bidang seni ini.