Gambar Jazlin Puasa di Rakaman Melodi Raya 2011
Korang kenal tak dengan pelakon bakat baru, Jaslin Puasa? Oooh mungkin bila sebut nama tu ada yang kenal, dan ada gak yang tidak. Tapi kalau Budiey sebut si driver botak bergelar Akhie dalam drama Ramadan Terakhir yang sedang rancak disiarkan setiap hari Selasa hingga Khamis 10.30 malam di TV3, pasti kompem korang kenal kan? Haaa, dialah Jaslin Puasa. First time dengar nama macam tu. Mungkin kot Jaslin dilahirkan di bulan puasa. Alhamdulilah, cantik gak nama cam tu. Klasik! Budiey kenal Jaslin ni pun masa follow akaun twitter dia semasa episod pertama drama ini dimainkan di kaca TV. Masa tu, tertanya-tanya siapakah gerangan pelakon berimej botak yang suka bercakap penuh hikmah dan bermesej dakwah Islamiah dalam Ramadan Terakhir ni.
Semalam, buat pertama kali, Budiey bertemu dengan tuan empunya diri di rakaman Melodi Raya 2011 di PWTC. Hadir lengkap dengan sepasang baju Melayu berwarna oren siap bersongkok kemas bergaya persis seperti lelaki Melayu terakhir. Seorang yang murah dengan senyuman. Riak dan air muka beliau mengingatkan Budiey pada Isma Yusoof aka Azma Aizal. Mungkin wajah diorang nak sama kot. Tapi sebenarnya, Jaslin ni seorang model ya. Dan Budiey dapat meramalkan Jaslin ada harapan cerah dalam bidang lakonan.
Sempat gak la sembang dua tiga patah dengan Jaslin dan dia gak datang bersama dengan pelakon Ramadan Terakhir, Anzalna Nasir yang memegang watak Rossa. Unik kan nama Anzalna ni, seunik dan secantik wajah beliau. Apa-apa pun selamat maju jaya kepada kedua-dua bakat baru ni.
Jaslin Puasa hadir bersama Anzalna Nasir di rakaman Melodi Raya semalam.
Drama terbaru sempena Ramadhan ini bagi menggantikan Annissa di slot Samarinda di TV3 mula mengambil tempat dihati penonton. Sarat dengan pengajaran dan ketabahan dalam meniti kehidupan dalam pelbagai situasi. Sebuah keluarga dipinggir bandar telah hanyut dibuai kemewahan duniawi sehingga apa yang haram dihalalkan. Dibarisi pelakon-pelakon tanah air yang berpengalaman dan yang baru antaranya Esma Daniel (Hisham), Fazlina Ahmad Daud (Mazni), Eyka Farhana (Anna), Tasha Shilla Razak (Sakinah), Mak Wan (Mak Hawa), Jaslin Puasa (Akhie), Aeril Zafril (Daniel) dan Anzalna Nasir (Rossa).
Ramadhan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan menghidap HIV positif dan hanya mampu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidupnya yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya, Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa yang juga anak saudara Mazni.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?
Saksikan episod seterusnya bagi menjawab segala persoalan ini. Anda boleh saksikan setiap hari Selasa hingga Khamis 10.30 malam di TV3. Jangan lupa taw!
Lagu temanya JANGAN LUPA NAMAKU juga bagi Budiey memang best nyanyian Azma Aizal & POMPA BENSIN.