Semalam telah pun berlangsung Party E! Brand Refresh Asia di Vertigo Club, The Gardens, Mid Valley City yang bermula jam 8 malam. Dihadiri oleh ramai artis dan selebriti terkenal, party ini diadakan sempena dengan penjenamaan semula saluran terkenal di Astro iaitu saluran E! Entertainment yang kini memperkenalkan tagline terbaru mereka E! Pop of Culture.
Hadir dengan fesyen kasual, hanya mengenakan baju T war hitam dilapisi dengan jaket tanpa lengan berwarna silver dan seluar longgar berwarna kuning. Rambut tetap cacak. Stailista sangat hahaha.
Iz Sulaini sekarang ini tengah sibuk dengan menjalani latihan di boot camp bagi menjayakan sebuah program realiti TV.