Isma, kakak Tomok juga hadir bukan sahaja untuk menyokong adiknya yang berentap pada malam tadi, tapi Isma juga menyokong geng-geng masa di AF iaitu Akim dan Hafiz.
Apa pendapat korang tentang persembahan Tomok? Ok ke tak okay. Tapi rasanya Tomok dah buat sehabis baik dah tu. Vokal pun dipertajamkan lagi. Kena tambah kreativiti sikit untuk kasi lebih WOW!
Eh, ramai betul selebriti datang dengan memakai baju warna gelap. Kenapa ya? Sedangkan, kalau tengok gambar logo montak AJL tahun ni, konsep dia lebih ceria dengan warna pelangi. Mmm.. cuma ada seorang selebriti ni nampak cun habis bila pakai baju berwarna ceria macam pelangi. Tapi Budiey tak leh cakap sekarang… nanti lah kita upload jap lagi.