Nurul Syuhada (TV3) Akhirnya Bergelar Isteri
Budiey nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat pengacara popular dan juga duta Avon, Nurul Syuhada yang kini sah menjadi isteri kepada Raja Amir.
Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak. Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan di sini, Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.
“Hanya sekali lafaz, Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir,†kata kenyataan itu.
Sementara itu majlis yangbertemakan “Moroccan†itu mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill. Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media sebaliknya hanya untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
Majlis resepsi kedua-dua pengantin akan berlangsung pada 23 Julai depan bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.
Pengantin: Nurul Syuhada Nurul Ain bt Mohd Zin (27 tahun) dan Raja Amir Shah bt. Raja Azwa (29 tahun)
Tarikh: 16 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat: The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur
Masa: 8.00 mlm – 10.30 mlm
Tema: Moroccan
Wedding Planner: Khalid & Favors By Eddy
Pelamin: Moroccan theme – multi colored
Pakaian: Kaftan Muslimah warna off – white & bertudung
Emcee: Saiful Nizam News TV3
Pereka Pakaian: Radzuan Radziwill
Mas Kahwin: RM777
Hantaran: RM20,111
Lafaz Akad: Sekali
Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC
Majlis resepsi kedua-dua pihak akan berlangsung pada 23hb Julai, 2011 (Sabtu) bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre.