Pada jam 3 petang tadi, Budiey bersama dengan rakan media lain dijemput untuk menyaksikan Pelancaran Butik Mimpi Kita – Made With Love di No. 51-1, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, Kuala Lumpur.
Antara selebriti yang dijemput untuk memperagakan fesyen terbaru keluaran Mimpi Kita ini ialah Shah Iskandar, Aizat Amdan, Marsha Milan Londoh, Fouziah Gous, Juliana Evans dan Heliza Helmi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang butik ini, pembaca budiey.com bolehlah melayari www.mimpikita.com
Ini dia gambar cun melecun dan anggun dari Heliza Helmi. Sejurus selepas habis pertunjukan fesyen, Budiey lihat Heliza Helmi dikerumuni oleh ramai rakan media. Rasanya korang tahu apa yang ditanya oleh media kan?
So, tunggu sahaja cerita-cerita tentang Heliza Helmi di akhbar dan di dada portal online yang berhampiran dengan anda.