Gambar Hantaran Majlis Nikah Ella & Azhar
Syukur, alhamdulilah, Ratu Rock Ella telah selamat diijabkabulkan tepat jam 10.30 malam ini (7 Julai 2012). Tahniah, Ella. Selamat pengantin baru.
Walaupun ada masalah bekalan elektrik terputus selama 2 jam, majlis pernikahan Ella & Azhar selamat dilangsungkan.
Budiey yang turut berada di dewan itu dapat melihat majlis yang turut disaksikan oleh ibu Ella, adik beradik dan keluarga ini begitu meriah dan paling dinantikan.
Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 tunai tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Menurut Ella, sekarang dia selamat dimiliki dan pastinya akan menurut perintah suami. Nak pergi nyanyi, kena minta izin suami. Ella bersyukur segalanya selamat berlangsung.
Menurut Azhar, dia mengenali Ella dulu, kemudian barulah rasa cinta tu datang dari hati.