Pada 26 Mac lalu, pastinya menjadi tarikh keramat buat selebriti dan blogger popular, Hanis Zalikha yang telah dilantik menjadi duta produk Safi Balqis White Trilogy. Acara yang meriah ini telah berlangsung di Hotel Empire, Subang.
Budiey nak ucapkan sekalung tahniah buat Hanis Zalikha, duta generasi kelima Safi Balqis. Memang sesuai sangat. Budiey dah agak, satu hari nanti, pastinya ada produk kecantikan akan mengambil Hanis Zalikha menjadi duta produk. Bukan mudah nak jadi jurucakap produk ini.
Namun, personaliti Hanis Zalikha yang sempoi, spontan dengan kecantikan yang dimilikinya serta sikap positifnya yang peramah, periang dan bijak, sudah tentu menjadi tarikan utama. Pemilihan Hanis Zalikha sebagai duta terbaru Safi Balqis dilihat tepat dan serasi.
Menurut Pengurus Kumpulan Produk Wipro Unza (Malaysia) Mahsuri Sulaiman, pemilihan Hanis Zalikha kerana sasaran pasaran produk ini tertumpu pada lingkungan generasi seangkatannya.
“Kami tetapkan kriteria yang tinggi terhadap pemilihan duta yang bakal membawa Safi ke peringkat teratas. Hanis Zalikha dilihat calon terbaik berdasarkan kepada karisma yang ada pada dirinya. Selain kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon, pengurusannya tertarik dengan penulisan Hanis di blog dan bijak berkomunikasi.”
Bagi selebriti 24 tahun ini, Hanis Zalikha sangat bersyukur dan dangan gembira dengan pemilihan sebagai duta produk itu.
“Saya terima tawaran menjadi duta Safi Balqis kerana saya memang pengguna produk ini dan tahu produk selamat digunakan sesuai usia saya. Produk ini dipercayai ramai dan saya sendiri yakin dengan keberkesanannya. Sebagai duta, saya membawa imej produk, jadi kena sentiasa jaga kecantikan. Saya memang menitikberatkan soal kecantikan, jadi tiasa masalah dan saya sentiasa menggunakan produk ini untuk rutin penjagaan kecantikan.”
Ditanya mengenai tanggungjawabnya sebagai duta produk, Hanis mengakui penjagaan kecantikan perlu dititikberatkan memandangkan ini produk kecantikan.
Jom tengok beberapa gambar yang ohsem di majlis ini.