“Apa yang penting… kerjasama!” Mungkin itu yang diperkatakan oleh Nuh dan geng Hujan. Kerana Budiey dapati mereka ini berkolaborasi dengan kawan-kawan sendiri untuk persembahan di AJL. Masa nilah, kawan-kawan nak tolong.
Satu je yang Budiey perasan, tak ramai finalis yang mahu melalui red karpet. Black, Tomok dan Hujan memang rajin expose diri. Mungkin yang lain tu malas, mungkin juga mereka takde masa untuk ke red karpet. Oi, sedap mulut je cakap ek. Tapi tak tahu gak, May be sebab diorang ni neves, mengira detik AJL bermula, orang kata, memang masa tu cukup mendebarkan.
Tapi Nuh dan gengnya sempoi aje jalan-jalan di red karpet. Bila lagi nak expose diri, untung-untung kena terjah masuk Melodi atau Fuhh huhu! Naik saham ek?