Pelakon Fouziah Gous baru sahaja selesai pengambaran drama dokumentari Si Tenggang. Fouziah Gous bawa watak Delima, seorang gadis yang sangat ayu yang memikat hati si Tanggang.
Dokumentari ini mendedahkan bahawa cerita rakyat ini bukanlah milik mutlak masyarakat masyarakat Melayu Malaysia tetapi sebaliknya turut dibandingkan dengan kisah Nakhoda Manis di Brunei dan Malin Kundang di Indonesia.
Kepada peminat, jangan lupa tonton drama ini yang akan ditayangkan di Astro Prima (saluran 105) pada hari Ahad, 5 Julai 2009, jam 9.00 malam.
Fouziah Gous membawa watak Delima
Fouziah Gous dan pasangannya, Gambit Saifullah sebagai Tanggang