Pelakon dan model remaja popular, Fiffy Natasha telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, Muslim Azman pada 21 Disember lalu. Majlis pertunangan tersebut telah dilangsungkan di kediaman Fiffy di Subang Selangor bertemakan warna unggu. Menurut Fiffy, dia mula mengenali Muslim Azman yang bertugas sebagai juruterbang MAS sejak setahun yang lalu dan lantas mengambil keputusan untuk terus bertunang.
“InsyaAllah kami merancang untuk berkahwin dalam dua tahun lagi tetapi tengoklah keadaan juga. Jika okay dan semuanya sudah bersedia, semuanya akan dipercepatkan. Kami mula berkenalan apabila dia mula menyapa saya di laman Twitter. Kami juga mengundang lebih kurang 200 orang tetamu untuk majlis pertunangan ini. Apa pun, doakan yang terbaik buat saya dan Muslim dan semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin.”
Selamat bertunang buat Fiffy Natasha semoga kekal hingga ke jinjang pelamin nanti.