Semalam, masa menghadiri Majlis Pelancaran Single Terbaru IN HEART di Bora Ombak di Ampang, Budiey ada berbual seketika dengan Rafida Ibrahim atau Fida.
Siapa yang tak kenal, Fida ni dulunya bakat dan wajah Pantene yang dicungkil dari program realiti TV, Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007. A’ah, dulu pernah kecoh yang Fida ni telah mengaku yang dia adalah sepupu kepada Dato’ Siti Nurhaliza. Masih ingat lagi, ramai peminat terkejut masa tu. Tapi Fida dah terangkan sejelas-jelasnya kepada peminat. Korang baca je lah entri yang lepas-lepas.
Seperti selalunya, penampilan Fida bertudung cantik dan manis ini mendapat perhatian ramai. Oh ya, sekarang ini, Fida dah berada di bawah naungan pengurusan MIG (Metrowealth) sejak bulan April 2009. Mestilah selalu dapat tawaran berlakun drama kerana MIG kan sekarang ini giat menerbitkan drama. Terbaru, Fida akan berlakon dalam Drama Cinta Tikar Sejadah arahan Azahari dengan memegang watak Siti Zulaikha. Pengambaran drama yang turut dilakonkan oleh Farid Kamil ini akan bermula pada 15 Oktober ini.
Selain berlakon, duta tudung Ratu ini katanya menjadi pengacara luar lokasi untuk program RTM, Fitrah Kasih. Cita-cita Fida yang dulunya korang tengok dia berlakon dalam Adik Manja, E-Toyol dan banyak lagi ini ingin mencuba bidang nyanyian pula. Sekarang ni, Malaysia memang ketandusan penyanyi yang bertudung. Ada tapi tak ramai. Jadi, Fida nak buktikan yang Fida juga boleh menyanyi. Peminat pastinya tak sabar menunggunya. Kalau wajah Fida mirip Siti Nurhaliza, vokal nyanyiannya macamana ye?