Apa yang boleh Budiey perkatakan, selepas melihat apa yang Yuna pakai di AIM19 semalam, Budiey dengan ini mengangkat busana rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat sebagai pakaian terbaik dan paling cantik di Anugerah Industri Muzik 19. Okay sila tekan butang LIKE di entri ini jika anda suka dan bersetuju dengan statement Budiey ni. Kalau tak suka, tak pe, Budiey tak paksa pun.
[dropcap]W[/dropcap]alaupun busana yang merelip-relip sparkle menyilau mata Budiey yang dah rabun silau ni tidaklah menepati warna tema pada malam ini iaitu hitam dan putih dan pedulikan itu semua sebab ianya cukup melambang gaya glamor seorang selebriti ternama yang kini menjalar populariti di arena antarabangsa.
Baju yang merelip dan berkerlipan ini memang kena dengan lagu Sparkle yang dipertandingkan dalam AIM19. Very de bergemerlapan gituh.
Menurut Hatta, beliau sangat lega apabila busana rekaan kali ini diterima oleh si pemerhati. Ianya menunjukkan imej Yuna yang sukakan gaya yang penuh elegan dan glam.
[pullquote align=”right”]Baju Yuna ini sangat sangat sangat cantik.[/pullquote]
Bukan Budiey taksub dengan fabrik merelip seperti ini pun tapi potongannya dan juga gabungan warna membuatkan semua mata terpesona. Oh wow fantastic Yuna Zarai… you look great last nite bebeh.
Okay, sekarang kita tanya kepada pereka busana ini, apa yang istimewanya baju rekaan Hatta kali ini… okay Hatta sila jawab:
Untuk busana hasil gabungan idea Hatta+Yuna, kami plan dah lama dah, masa raya lagi Hatta & Yuna berhubung melalui email, masa Yuna datang butik dengan Mama Yuna, kami bincang bersama, habiskan masa untuk lakaran, tengok sample fabric yang sesuai dengan design. Tapi malangnya, kain yang Yuna nak tu, 3 tona warna yang berbeza dalam fabrik sequin tak pernah Hatta jumpa dan Hatta tau takkan ada. Itu satu cabaran buat Hatta.
Untuk gabungkan 3 warna kain yang berbeza biru/gold/deep bonze menjadi ombre atau shading yg senada yang cantik. Potongan simple sebab Yuna. Memang simple orangnya, Hatta melihat Yuna sebagai satu ikon yang sangat hebat, superstar yang Hatta idolakan Hatta sangat-sangat terharu dapat bekerjasama.
Bekerjasama dengan Yuna, satu pengalaman yang hebat.. Terima kasih buat Yuna dan Auntie Kunumz yang percaya hasil kerja Hatta, Dalam apa yang Hatta cipta, Hatta cuba tunjukkan kelainan alhamdulillah rekaan Yuna mendapat perhatian dan pujian terhebat sepanjang tahun ni.
Sebab Hatta percaya menghasilkan rekaan berlandaskan personaliti artis apa yang artis itu suka dan gabungkan dengan identiti kita,.Hatta sangat happy! Love Yuna! Ramai artis yang cantik boleh memperagakan baju.. Dan yuna antara artis yang boleh membawa baju saya dengan hebat.
Yuna pun tak kurang dirias cantik malam ini. Dan Budiey tak nak lepaskan peluang ini juga untuk mengucapkan tahniah buat Yuna yang telah menggondol sebuah trofi Video Muzik Terbaik di mana video muzik yang ditaja oleh Samsung dengan kreativiti yang sangat menakjubkan dibuat oleh pengarah Quek Shio Chuan untuk lagu Sparkle.
Cuma satu trofi yang berjaya dimenangi oleh Yuna malam tadi, sudah cukup membuktkan Yuna masih gah dipersada seni hiburan.
Gambar Fesyen Yuna di Anugerah Industri Muzik Ke 19