in

Gambar Fesyen Siti Nurhaliza di Anugerah MACP 2008

Barangkali, Datin Seri Siti Nurhaliza mahu digelar ‘Diva Pastel’. Nampaknya begitulah, diva tersohor ini begitu suka dengan warna lembut. Sebelum ini, ketika di Konsert Setiakawan 2, Siti Nurhaliza menggayakan busana Michael Ong yang juga berwarna pastel. Untuk Anugerah MACP, Siti kembali dengan ronanya yang hampir sama. Warna yang terang biasanya dipakai untuk anugerah yang gah. Contohnya warna hijau di Anugerah Era dan warna biru dan merah di Anugerah Bintang Popular.

Tapi ada peminat yang masih cakap, ada yang tak kena dengan busana rekaan Michael Ong ini… Uh… malaslah Budiey nak komen banyak-banyak. Budiey sekadar ingin meletakkan gambar dan berkongsi dengan semua peminat Siti Nurhaliza di luar sana.

Oh ya, untuk Anugerah Planet Muzik hari ini, macamana pula penampilan fesyen Datuk Siti Nurhaliza? Tunggulah gambarnya itupun kalau Siti Nurhaliza hadir di APM malam ini. Untuk pembaca yang join APM, kita jumpa di sana ya!


Ukiran senyum manis.

Bergaya dengan rantai hitam berjuntai panjang ke paras pusat.

Dililit dengan tali pinggang hitam yang agak tebal

Ketika ditemubual oleh Sheera di red carpet

Siti Nurhaliza di Pahang

Anting-anting tetap menyerlah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Anugerah MACP 2008

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Planet Muzik 2008