Pelakon Farid Kamil selaku ikon Polis Diraja Malaysia telah menyertai sesi temuduga terbuka pengambilan konstabel sukarelawan simpanan PDRM yang dijalankan di IPD Shah Alam hari ini.
Sebelum ini, Farid Kamil terlibat dalam mempromosi pencegahan jenayah menerusi program program kepolisan berprofil tinggi (HPP) yang dilaksana pasukan itu.
Kesediaan Farid selaku artis pertama yang menawarkan diri untuk bersama PDRM dalam program turun padang itu patut disanjung semua pihak, sekali gus menyemarakkan hubungan polis dengan artis serta masyarakat.
Contoh terbaik untuk remaja di luar sana untuk menyertai konstabel sukarelawan simpanan PDRM.